Sunday, 30 October 2011

Kek Sarang Semut (Kek Gula Hangus)

Niat untuk buat Kek Sarang Semut ni dah lama tersemat dalam hati..cuma belum jumpa resepi yg betul2 meyakinkan..maklumlah..kita cuma ada periuk kukusan jer...so, nak buat kek pun kena cari resepi yg pakai kukus. Belek2 MyResepi..terjumpa satu resepi dari Cik Mai..dah lama dah..tahun 2008 lagi. Resepinya nampak mcm mudah..yg penting cuma pakai 1 cawan tepung...sekurang2nya kalau tak menjadi..tak lah ralat sgt...hehehehe

Kek ni kegemaran my mom... dulu dia suka tempah dengan my kazen. Sayangnya sejak dua menjak ni my kazen buat dah tak berapa menjadi sarangnya..dah jadi mcm kek biasa jer. Tu yang mak mula malas nak tempah tu.

So..semalam cuba buat kek ni....mula dengan buat gula hangus sampai ke pukul telur. Bila mengadun tepung dengan bahan lain...hati mula rasa tak sedap..tengok adunan nya cair semacam jer..
hai..jadi ker kek aku nih..??
Apapun...kita cuba dulu...perap selama 4 jam. Tiba2 pada jam ke 3...eh..naper aku perap dalam bekas..patutnya perap terus dlm loyang. Terus tuang adunan dalam loyang. 1 Jam kemudian proses mengukus bermula. Hati dup dap dup dap...takut tak menjadi...

Bila dah masak...yahuuuuuuuu..tak sangka..cantik jugak jadinya..cuma sarang semut tu jer yg jadi separuh. silap aku jugak..kalau aku perap siap2 dalam loyang tanpa diusik2..rasanya sarang tu akan menjadi sampai ke atas...apa pun..ianya tetap menjadi. Satu pencapaian yg amat membanggakan bagi yg pertama kali mencuba mcm i.


Mak..lepas ni nak makan Kek Sarang Semut tak payah tempah lagi..anak mak dah pandai buat sendiri.. hehehe

KEK GULA HANGUS
Bahan:
(yang merah tu yg i buat)
* 1 cawan tepung gandum (tepung naik sendiri)
* 1 cawan gula pasir (3/4 cawan)
* 4 biji telur gred A (5 biji telur Gred C)
* 1 cawan air
* 1/2 tin susu pekat manis
* 1 1/2 sudu makan butter (marjerin jer)
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* sedikit esen rosa (tak letak pun tak pe)

Cara :
* 1 cawan air tadi...masukkan sedikit ke dalam gula dan jadikan gula hangus. Bila gula dah hangus masukkan lebihan air tadi secara perlahan2 (bimbang meletup ke tangan) dan masukkan butter (margerin) sehingga cair
* Biarkan sejuk
* Dalam bekas lain pukul telur hingga kembang.
* Masukkan susu, tepung dan soda..pukul hingga sebati
* Masukkan gula hangus tadi. Kacau rata
* Masukkan esen ros
* Masukkan dalam loyang..perap lebih kurang 4-5 jam supaya bila kukus nanti akan jadi sarang yg cantik. (jgn usik2 adunan)
* Selepas 4-5 jam...kukus adunan selama 45 min - 1 jam..(terpulang kepada ketebalan adunan)

Nota : adunan kek ini agak cair...jgn risau kerana memang gitu gayanya..hehe

Wednesday, 26 October 2011

Kek Coklat Kukus

Sebut Kek Coklat...rasa nak meleleh air liur. Bukan apa..satu famili suka kek ni..terutama kalau yg lembap2 gitu. Anak sulung ku..Azri Hafiz memang hantu ngan Kek Coklat nih.. selalu duk suruh beli kalau ada org jual kat ofis.

Dalam hati memang dah lama ada niat nak buat kek sendiri..tapi sebab oven tak der, hasrat tu terpendam ajer. Belek2 kat Myresepi..terjumpa resepi dari hana6877..dah lama dah resepi tu, tahun 2008. Tengok komen2 yang penjang berjela kat resepi tuh..rasa teruja pulak nak buat. Almaklumlah..kek tu pakai kukus..kebetulan aku memang buat kuih2 selama ni memang pakai periuk kukusan jer..

So..mula congak2 bahan..apa yg ada, apa yg tak der kat rumah. Yg tak der cuma coklat van houten jer.. Pegi Carefour Alamanda, terus beli coklat...

Malam Deepavali tu...ketika anak2 semua dah tido..aku mula mengadun bahan ditemani bunyi dentam dentum mercun dan bunga api org samput raya. Dalam hati berdoa agar Kek Coklat ku sukses..

1 jam kemudian..inilah hasilnya...tadaaaaaaaaaaaaaa


Rasa macam nak nangis bila tengok Kek Coklat ku menjadi dgn cantik dan lembut..seperti yg diimpikan. Rasanya sungguh sedap sekali... masa tu my husband tak der kat rumah.. aku siap snap gambar send kat hp dia..hehehee..begitu teruja... Lepas ni kompem tak beli Kek Coklat lagi..nak makan kita buat jer..bukan susah pun..

Kek Coklat Moist Kukus

Bahan kek:
* 1 cawan tepung gandum (aku pakai Tepung Naik Sendiri)
* 1/4 cawan serbuk koko Van Houten
* 1 sudu kecik baking powder
* 1 kotak susu coklat Duth Lady (250 ml)
* 2 biji telur saiz M (aku pakai 3 biji telur sebab kat rumah hanya ada telur saiz C ajer...)
* 1 cawan gula halus (aku kurangkan kpd 3/4 cawan)
* 1/2 cawan butter
* 3 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan minyak masak
* esen vanilla

Bahan Topping :
* 3-5 sudu besar susu pekat (aku pakai 4 sudu jer)
* 1/4 cawan serbuk koko van houten
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar susu segar (aku pakai susu tepung sebab susu segar tak der dlm peti ais...hehe)

Cara :
* Pukul telur, gula dan butter sampai kembang (aku pakai blender jer sebab mixer tak der). Kemudian titiskan esen vanilla.
* Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur yg dipukul tadi. Kacau kaup balik sahaja.
* Masukkan susu coklat kotak, susu pekat & minyak masak..gaul sebati
* Masukkan ke dalam loyang yg telah di sapu minyak/marjerin.
* Kukus selama 45 minit. (Tutup penutup kukusan dgn kain agar wap tak menitik ke atas kek)

Cara buat toping :
* Masak semua bahan secara double boiler. Curah ke atas kek yg telah sejuk. Hias dan simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum potong.

Monday, 24 October 2011

Sedapnya Sambal Tempe

Semalam, balik dari opis singgah kat Pasar P8..tak plan pun nak beli Tempe..tapi bila nampak tempe bergantungan kat pasar tu..rasa teringin lah pulak (wpun tak tau nak masak apa). Tangan laju jer capai 2 pek tempe.

So..pagi tadi tengah berkira2 nak masak apa..tiba2 teringat kat tempe yg beli semalam tuh.. Nak masak apa yer..?? Teringat Sambal Tempe Jawa yg tak pernah aku cuba buat selama ni. aku tak tau macam mana cara org memasaknya..tapi aku agak2 jer (ingat balik mcm mana rasa yg beli kat kedai).

Mula2 aku mencipta bahan dan mencampaknya ke dalam kuali. Hasilnya...errrrrmmmmm sungguh sedap. Aku ni walaupun bukan Jawa..tapi cukup suka dengan tempe. Kalau makan Lontong...dalam kuah lodeh tu, tempelah yg aku cari. Tak sempurna Kuah Lodeh tanpa tempe.

Hasil dari kesedapan itu, maka aku pun lekalah meratah sambil2 tunggu masuk waktu Subuh. Terus diet ku hilang entah kemana... (sedap punya pasal) hehehe




Sunday, 23 October 2011

Puding Roti Kastad Berlapis

Ahad 23 Oktober 2011..hari yang sibuk. Sibuk mengutip si kecil Adeelia yang dah mula pandai mengheret dada ke depan. Pantang lepas..terus masuk bawah meja..bawah kerusi. So..semalam asyik jaga dia jer lah. Bila dia tido...aku mula berkira2 nak masak apa...Rasa nak makan puding roti sekali lagi..tapi kali ni buat lain sikit. Ubah suai resepi puding roti... Mula2 takut gak..takut tak menjadi..sekali hasilnya....wowwwww...hehehe


Asal resepi Puding Roti Pelangi...tapi aku ubah suai ikut selera sendiri
jadilah Puding Roti Kastad Berlapis

Bahan :

* 3 keping roti
* 3 sudu makan tepung kastad
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 peket agar2 (20gm)
* 1/2 cawan gula halus
* 2 sudu makan mentega
* 4 cawan air (1200 ml)
* pewarna (saya letak merah sebab nampak cantik dan terang)

Cara :

* Masak agar2 bersama 3 cawan air dan gula halus
* Blend roti, telur, tepung kastad, susu cair, susu pekat & mentega bersama 1 cawan air
* Bahagikan agar2 yang telah larut tadi kpd 2 bahagian yg sama banyak.
* Masukkan bahan2 yg diblend tadi ke dalam satu bahagian agar. Kacau sehingga masak dan sebati.
* Dalam bekas yg lagi satu..masukkan pewarna pilihan ke dalam agar2 dan panaskan dgn api yg kecil.
* Tuangkan agar yg berkastad tadi kedalam acuan. Kemudian perlahan2 tuangkan adunan yang berwarna tadi ke bahagian atas lapisan pertama tadi.
* Potong apabila puding betul2 sejuk. Sedap dimakan sejuk2







Wednesday, 19 October 2011

Puding Roti Pelangi

Betullah kata orang..kalau nak buat apa2 pun..presantation tu penting..bila org tengok, orang boleh jadi tertarik. Begitu juga halnya dengan makanan..kalau ada kaler2 yg cantik..automatik kita jadi teruja..aku lah..orang lain aku tak tahu..ekekekeke
2-3 hari ni duk teruja duk tengok gambar Puding Roti Pelangi kat blog yatiememories.blogspot.com. cantiknya puding dia. Teruja punya pasal..semalam balik rumah, try lah buat. Aku ubah suai lah sikit resepi tu ikut selera sendiri. Hasilnya..tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


cantik jugak warnanya wpun tak seperti pelangi..hehehe


Resepinya :

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 susu cair
1 paket agar2 serbuk (aku guna jenama Nona tanpa warna)
1/4 cawan gula pasir
2 sudu besar mentega (dicairkan)
3 cawan air (aku guna mug upin & ipin)
pewarna

Cara :

Didihkan 2 1/2 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk

Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.

Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang korang suka. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.

Tuang kedalam loyang secara berselang seli. Warna pertama diletakkan ditengah2 loyang. Warna kedua dituang ditengah2 warna yg pertama tadi..ulang sehingga selesai.

Sejukkan di dalam peti ais.

Sunday, 16 October 2011

Pau yang cantik dan gebu

Tiba-tiba hati teringin sangat nak buat Pau. Bukan apa, anak2 aku suka sgt makan pau..tapi makan kulitnya jer...inti ketepi...akulah tukang habiskan intinya...hehehe. Dengan keinginan yang membuak-buak..aku pun gugel resepi pau sana sini..cari punya cari..dapat jugak yang pakai sukatan cawan. So..balik terus singgah beli Tepung Pau...bila si baby tido..aku pun mula menguli...
alhamdulillah....bila siap..inilah hasilnya..cantik dan gebu. macam tak percaya jer aku berjaya buat pau. Ingatkan nak makan pau kena beli buat selamanya...ok..bila dah jadi ni..kita tak beli lagi lepas ni.. nak makan kita buat jer..mudah dan berbaloi...boleh letak inti apa sajer yg anak2 suka...

Ada ker yang nak resepi...??? tak perlah..aku share resepinya kat sini.
Sukatan cawan macam biasa..mug upin & ipin..ekekeke

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 2 1/2 cawan tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3/4 sudu yis kering
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu makan gula castor
  • 1 sudu makan lemak sayuran
  • 1 sudu teh bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  6. Masukkan inti dan tutup kemas.
  7. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (saya pakai daun pisang) 
  8. Untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  9. Rehatkan pau selama 45 minit sehingga doh naik sekali lagi 
  10. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  11. Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

Sukatan Cawan

ok...tiba2 aku teringat kat resepi2 yang aku post kat sini..semua sukatan pakai cawan. Mungkin ramai org biasa atau lebih senang dengan sukatan gram (pakai penimbang)..tapi sebab aku tak der benda tuh..nak tak nak aku kena gak pakai sukatan cawan. Org kata kalau sukatan cawan..boleh pakai apa2 cawan..tapi aku pakai satu cawan ni jer. Tak berani nak tukar2 cawan takut kuih tak menjadi..hehehe

Ni dia cawan yang aku pakai untuk sukat apa2 jer...
Mug ni aku dapat time beli Colgate...hahahha

Ok..kalau saper2 nak cari persamaan sukatan gram ke cawan
ini dia aku sertakan...(hasil gugel sana sini)

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm


Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

 Harap ianya dapat membantu...

Friday, 14 October 2011

Roti Puri

Sebenarnya aku tak pernah dengar pun tentang makanan ini. Bila sorang kawan sekolah aku sebut pasal Roti Puri..terus aku gugel cari resepi nih...tak banyak resepi Roti Puri kat internet..cuma ada satu dua jer. Kebetulan resepi yang aku ambik tu terus menjadi. Alhamdulillah.

Inilah rupa Roti Puri yang aku buat. Mula2 buat dapat separuh yang kembung cantik..separuh yang kempisssss... Salah sendiri sebab tak canai nipis2. Kali kedua buat..aku canai serata. Nipis2. Dapatlah sebakul Roti Puri yang kembung cantik.


Resepinya :


  • 2 cawan tepung gandum


  • 1 sudu kecil yis mauripan


  • 1/2 sudu kecil garam *


  • 3 sudu makan minyak masak *


  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)


  • 175ml air panas *


  • Cara :
    1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
    2. gaulkan tepung dan yis
    3. masukkan bahan yang dipanaskan tadi dan digaul (guna senduk sbb panas) sehingga
    4. semua bercampur
    5. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian uli sehingga tak melekat kat tgn. Jika perlu tambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang dikehendaki
    6. perap doh 30min ..
    7. canai doh nipis cam karipap. bentuk sesuka hati
    8. Goreng dengan api yg sederhana sambil sentiasa menyimbah minyak di atas permukaan roti sehingga roti kembung dan balik2 kan sehingga masak.
    9. Goreng satu-satu.
    * Goreng Roti Puri kena pandai main api..kalau tak..kembungnya tak cantik.

    Monday, 10 October 2011

    Kuih Lompang

    Semalam try buat Kuih Lompang..tengok bahan2 nya semua ada kat rumah. Balik terus buat bancuhan. Bila dah siap..menjadi jugak walaupun lompang/lesung pipitnya tak berapa nak dalam.
    Rasanya...lembut dan kenyal tu dah menjadi..cuma terlampau manis lah pulak. Kita ikut sebijik2 resepi dari Myresepi.com... oleh yang demikian...kita ubah sedikit resepinya lain kali supaya rasanya tak terlalu manis....




    resepinya..ini dia

    Bahan-bahan ( . )

    (kita dan ubah suai untuk tambah rasa lemak dan kurangkan manisnya)

    • 1 1/2 cawan tepung beras
    • 1 sudu makan tepung ubi
    • 1 sudu kecil air kapur
    • 1/4 cawan gula pasir
    • 1/4 cawan gula merah
    • 1 cawan santan
    • 1 cawan air
    • daun pandan
    • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

    Cara-cara

    1. satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
    2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
    3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
    4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
    5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
    6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.
    Kalau nak buat yang kaler2 macam ni..tak payah pakai gula melaka/gula merah. Just guna gula pasir shj.

    Mula jual sarapan pagi kat opis

    Memandangkan tak der saper2 yang buat jualan sarapan pagi kat opis..so aku ambik kesempatan tu untuk tambahkan pendapatan. Sikit2 pun jadilah...bukan senang nak dapat duit. Dulu ada yang buat jualan, tapi tak lama..kejap ada, kejap tak der... (memang pun..memasak untuk jualan ni penat giler). Tapi aku akan cuba selagi terdaya..hehehe

    Inilah jualan ku setakat ini...akan bertambah lagi pada masa2 akan datang


    Kuih Lapis


    Kuih Cara Manis


    Apam Tapai Beras

    Secebis kisah dari sebuah kampung

    Aku membesar sekitar tahun 80an - 90an. Masa tu keadaan hidup agak susah (bukan agak..tapi memang susah). Mak bapak cuma keje kampung..toreh getah..tanam padi. Kita adik  beradik bersekolah kadang2 bawak duit..kadang2 tidak. Masa tu..keje apa yang kita tak buat..dari tolong mak kutip sekerap, semai padi..membanting..tanam tembakau..semua kita buat.

    Masuk bab makan pulak...masa tu nak makan mewah2 jgn haraplah. Apa yang ada disekitar rumah, itulah makanan kita. Org tua2 dulu pandai dlm mengira waktu membesar sesuatu tanaman..maka mek kita (panggilan kpd ibu bagi sesetengah rakyat Pantai Timur..pengaruh siam) selalu tanam ubi kayu disekeliling rumah. Tanam ubi kayu amat mudah..gali lubang, cucuk benih..itu jer. Bila pokok2 ubi kayu membesar..tak nampak rumah. Kita adik beradik main pondok2 dalam rimbunan pokok ubi tu.

    Maka..pada bulan 11-12..musim tengkujuh tiba. Hujan mencurah2 tanpa henti. Ayah mula memasang pukat di sawah yang mula melaut. Mek mula menganyam tikar mengkuang yang bercorak2 untuk kegunaan sendiri. Kami..apalagi, seronok main hujan. Ikut pak cik mencari ikan. Pokok ubi kayu..masa nilah dia mendatangkan hasil. Ada org datang beli ubi. Mek jual 50 sen seguni. Masa tu 50 sen mcm2 boleh beli.

    Kuih muih daripada ubi kayu..tak payah ceritalah. Mcm2 kuih yang Mek buat..sampai tengok ubi pun tekak dah rasa loya. Tapi apa nak buat..itulah makanan yang murah pada masa tu. Skrg..waktu dah berlalu..semua dah dewasa dan punya keluarga masing2. Masa2 begini rindu pada ubi kayu mengasak-ngasak di kepala. Bila nampak pokok ubi kayu..rasa mcm nak peluk cium.

    nanti kita sambung lagi kisah ni...

    hobi masak2 yang mula mendatangkan duit


    Apam Tapai Beras

    Dulu tak pandai nak buat kuih muih ni (tak pandai sebab tak belajar..hehehe)
    tetapi sejak kawin, dapat suami yang  suka makan..dapat anak pulak. tiba2 nafsu untuk belajar memasak dan mencuba resepi2 baru dan lama datang membuak2...internet jadi guru kepada ku. Bila dapat satu resepi..selagi tak jadi selagi tu aku cuba.

    Cerita pasal Apam Tapai Beras di atas tu..sebenarnya ianya cukup mudah untuk dibuat. Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada rakan FB ku Che Syaedah yang sudi berkongsi resepi.

    Nak resepi..silakan..hehehe

    Mula2 buat tapai dulu
    -          Ambik satu bekas tau fu fah nasik sejuk
    -          Gaul dengan setengah biji ragi ( ½ )
    -          Biarkan 2 hari sehingga tapai berair

    Cara buat apam
    -          ¾  bungkus tepung beras (hampir-hampir 1 bungkus)
    -          Tapai nasi (gunakan semuanya)
    -          1 bekas tau fu fah air
    -          ½ bekas tau fu fah gula
    -          Sedikit garam
    -          1 sudu besar eno perisa biasa
    -          Campur semua..blend hingga sebati

    -          Tutup dan perap selama 6-8 jam (saya selalu blend mlm..bangun pagi boleh kukus)

    Cara mengukus Apam
    -          Masukkan 1 sudu besar eno kke dalam bancuhan yg telah diperap. Kacau sebati dan biarkan sekejap.
    -          Masukkan dlm acuan dan kukus selama 5-10 minit


    Nota :
    bancuhan yang tidak habis dikukus boleh disimpan dlm bekas tertutup dalam peti ais selama seminggu dengan syarat jgn dicampur eno. Bancuhan yg telah dicampur eno tidak boleh disimpan kerana apam akan jadi berat dan tidak gebu.

    Jika mahu mengukus separuh bancuhan, campurkan 1 sudu kecil eno. Separuh bancuhan lagi boleh disimpan. Jika bancuhan hendak dikukus, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan sehingga sejuknya hilang. Campurkan eno dan kukus seperti biasa.

    Cubalah..gerenti jadi..kalau nak tarik perhatian anak2..buatlah dgn warna2 yang ceria..