Thursday, 29 December 2011

SIAKAP GULAI KUNING BERSAMA NENAS

Assalamualaikum...

Entri pagi ni..Siakap Gulai Kuning dicampur nenas sekali..maka jadilah namanya Siakap Gulai Kuning bersama Nenas..hehehe

Wah..Sally Rashid..sejak dua menjak ni kerap pulak masak bersantan. Nak menambah berat badan gamaknya...hehhee. Tak perlah...memang dah bertambah sikit berat badannya...cuti 3 hari hari tu tak jogging mcm biasa. Cirit birit punya hal.. Minggu ni nampak gaya kena jogging lama sikit..nak bakar balik lemak2 yang dah mula seronok lepak2 dalan badan kita ni...

Siakap ni dah seminggu terperap dalam peti ais. Mula2 ingat nak buat Siakap 3 Rasa..tapi dek kerana si abang yang bersunat hari tu belum sembuh betul lagi..maka Gulai Kuning jer lah..Kalau buat Siakap 3 rasa..kesian kat abang, kegemaran dia tuh.
Gulai Kuning ni bahasa belah kita..tapi bahasa belah sini panggil Masak Lemak Cili Api..sama lah tu..




Bahan lebih kurang jer dengan Masak Lemak Telur Masin hari tu..cuma ada sikit2 penambahan jer..

SIAKAP GULAI KUNING BERSAMA NENAS
Resepi : Sally Rashid

* 1 ekor Siakap saiz kecil
* Santan RM2
* 6 potong nenas (saiz ikut suka)
* 4 ulas bawang merah
* 4 keping lengkuas yg dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 biji buah keras
* 2 batang serai
* 5 tangkai cili api (nak lebih pun boleh)
* 2 sudu kecil serbuk kunyit (pakai kunyit hidup pun ok)
* garam secukup rasa

- Masukkan santan ke dalam periuk
- Bawang Merah, Lengkuas,Halia, Buah Keras dan Cili Api ditumbuk lumat. kemudian dimasukkan ke dalam santan
- Masukkan serbuk kunyit
- Serai dititik kemudian dimasukkan juga ke dalam santan.
- Kacau santan sehingga mendidih.
- Masukkan ikan dan nenas.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Tidak perlu masukkan asam jawa atau asam keping kerana air nenas tu dah ada rasa masam manisnya.
- Apabila ikan sudah masak dan rasa sudah ngam..bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

1 comment:

rahel said...

Salam Sally...
sedapnya klu ada lauk mcm ni..boleh makan byk nasi tau..hehe