Sunday, 4 December 2011

KERABU JANTUNG KASTURI

Alamak..Sally Rashid sibuk betul sekarang ni..sibuk dengan pencalonan DKBPP Tahun 2012. Sibuk2 buat kerja sampai tak sedar dah hampir lunch time.
Selamat tengahari semua..pada yang tengah lunch..selamat menjamu selera. Makan apa..?? Mesti sedapkan..hehehe

Oklah...sementara meluruskan jari jemari yang mula rasa mcm nak patah (asyik mengetuk keyboard dari tadi)..kita nak tayang masakan kita untuk makan tenghari Sabtu ari tu. Hari Sabtu hari tu memang sibuk..tapi sempat lagi masak2 untuk jamuan suami dan anak-anak.

Petang Jumaat pergi Pasar Tani Putrajaya. Terpandang Jantung Pisang. Teringin pulak nak makan kerabu jantung pisang. Kita suka..suami pun suka. Anak2 memang tak makan lah benda2 macam ni.. tengok pun dah pelik semacam jer...hehehe

Aduhai..memang sedap betul. Lepas suami makan..kita meratah kerabu yang lebih tu.. Kalau ikutkan hati..habis semua..hehehe

Kita namakan kerabu kita ni Kerabu Jantung Kasturi..sebab kita perah limau kasturi dan kulitnya kita hiris halus2 masuk sekali dalam kerabu. Kita ngan suami memang suka kulit limau kasturi. Kalau tak masukkan dalam kerabu..buat ulam pun kita suka. Banyak khasiatnya..

Tapi rasa kulit limau kasturi ni agak pahit2 sikit. Kalau sesiapa yang tak boleh makan..tak payahlah letak..cukup sekadar guna perahan jusnya sahaja




KERABU JANTUNG KASTURI
Resepi : Sally Rashid

* 1 biji jantung pisang sederhana besar
* 1 ekor ikan selayang atau ikan kembung
* 3 ulas bawang merah
* 1 cawan santan
* 1 sudu kecil lada hitam
* 5 biji limau kasturi

Cara membuat :
* Jantung pisang dibelah 4 dan direbus . Pastikan tidak terlalu empuk supaya kerabu tidak lembik.
* Carik-carikkan jantung pisang dan ketepikan.
* Ikan direbus dan diambil isinya
* Tumbuk lada hitam sehingga lumat
* Masukkan bawang merah dan tumbuk sekali sehingga lumat diikuti dengan isi ikan.
* Gaul sebati
* Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam bekas jantung pisang
* Panaskan santan seketika supaya tidak cepat basi.
* Tuangkan kedalam bekas jantung pisang.
* Perahkan jus limau kasturi secukupnya.
* Kulit limau kasturi dipotong nipis dan digaul bersama kerabu jantung.
* Masukkan garam secukup rasa. Jika suka boleh letak sedikit serbuk perasa.
* Bila dah cukup rasanya..bolehlah dimakan..hehehe

1 comment:

rahel said...

Selamat petang Sally...sedap nampaknya kerabu jantung ni..tak pernah lagi wat kerabu jantung..selalu masak lemak n tumis jew..sedap.