Tuesday, 6 December 2011

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR

Hehehhe..N3 Sally Rashid asyik2 coklat..asyik2 coklat. Nak buat cam ner...singgah bakery semalam, banyak pulak beli coklat. Serbuk koko VH pun banyak lagi kat rumah...tu yang asyik try resepi berasaskan coklat jer sehari dua nih..

Ini pun semalam punya cerita..sambil2 kacau Puding Coklat..sempat lagi kukus sebijik Kek Coklat Kukus Tanpa Telur saiz kecik punya. Sekali hadap habis...memang kecik.

Kita ikut resepi kat blog Kak Nor Secubit Garam. Kita buat separuh sukatan dari resepi tu..ngam-ngam dapat loyang kecik.

Memang menjadi keknya...begitu moist sekali. Memang moist. Asal kejadian kek ni memang begitu moistkah..atau yang Sally Rashid buat jer yg terlebih moist..?? hehe. Lagi satu..yang kita buat ni terlebih manis...manis sgt2..
Bukan apa..tang bahan lain kita kurangkan separuh sukatan..tapi tang gula boleh terlebih pulak. Maka jadilah kek yang amat manis..sampai kena teguk air berkali-kali..seb baik keknya kecik comel jer.. Kalau tak..nak menghabiskan kek ni..mahu kena kencing manis..muehehe

Topping pulak kita pakai white coklat yang kita campur ngan Lemon Emulco..ok gak rasanya. Manis2 masam gitu...




Nak tengok resepinya....ni dia

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELURby : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk

Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon


Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman

1 comment:

rahel said...

Salam Sally..memang sedap sangat kek ni...dah pernah try gak dulu...klu yang namanya coklat memang susah nak tolak ketepi kan?..paling penting kita puas hati menikmati hasilnya..