Monday, 21 November 2011

Ayam Masak Kicap Mak Bi

Ayam..ayam..ayam..asyik2 ayam..asyik2 ayam...tapi nak buat macam mana kan...dah nama ada anak2 yang tengah membesar..memang lah diaorang suka ayam. Kita yang dah terlebih dewasa ni (hehe..nak cakap tua rasa mcm istilah terlampau lah pulak..hehe) dah jemu makan ayam. Kalau balik kampung..suka masuk semak cari bahan. Dapat kutip pucuk beko..pucuk mengkudu..pucuk serai kayu..itu lah yang sedap pada tekak kita.

Bila dah jadi mak orang..masak pun kenalah ikut selera anak-anak. Dah lama dah Mak Bi, pengasuh anak kita cakap yang anak-anak kita suka sgt kalau dia masak Ayam Masak Kicap...masukkan bunga kantan katanya. Tapi tu lah..dari sehari ke sehari asyik terlupa jer nak masak Ayam Masak Kicap style Mak Bi..

Tengok kicap campur lebihan masak Kuewtiaw Haufan hari tu ada lagi..bunga kantan pun ada sekuntum dalam peti ais...jadi..kita pun masak Ayam Masak Kicap Mak Bi. Bertambah-tambah anak kita makan. Lain kali boleh buat lagi Kicap Campur...sedap digunakan untuk masak apa saja.


Resepi kat bawah ni hanya untuk 7 ketul ayam jer..hehhee..kita memang masak semangkuk jer sebab hanya anak2 yang makan ayam..kita dengan abahnya lebih suka ikan masin..hehehe. Kalau ada yang teringin nak ikut resepi ni..kalau nak masak banyak..pandai2 lah tambah kuantiti bahannya.

AYAM MASAK KICAP MAK BI

- 7 ketul ayam (saiz kecik)
* 4 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia
* 2 sudu besar cili kering kisar/giling (kalau tak suka pedas..boleh kurangkan)
- 1/2 labu bawang besar
* 1 kuntum bunga kantan
* 2 helai daun limau purut
- sedikit kulit kayu manis
- 1/2 cawan kicap campur (terpulang kepada tahap kemasinan dan kemanisan kicap masing2. kita punya kicap masin manisnya dah cukup..tak payah tambah garam lagi)
- 1/2 cawan air

Cara :
- Kisar dan tumis bahan bertanda* sehingga naik bau/pecah minyak.
- Masukkan kulit kayu manis kemudian asukkan cili kering kisar.
- Masukkan pula kicap campur dan air.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan ayam (kalau nak goreng dulu pun boleh jugak..tapi kita tak suka goreng..suka masuk terus supaya rasa kicap tu sebati dgn ayam).
- Didih sehingga kuah pekat. Kalau tak pekat boleh letak tepung jagung.
- Gunakan deria rasa untuk memastikan masakan anda menepati selera masing2. Masukkan bawang besar. Biarkan seketika.
- Ayam Masak Kicap dengan aroma bunga kantan dan daun limau purut sedia untuk dihidang...




2 comments:

rahel said...

salam Sally
mekasih dah singgah kat dapur Rahel,sedap dan menyelerakan ayam masak kicap tu,my hubby suka sangat ngan lauk yg masak kicap..

Sally Rashid said...

rahel...jgn tak tau..kita selalu skodeng dapur awak..muehehe

terima kasih juga sebab sudi singgah