Wednesday, 19 October 2011

Puding Roti Pelangi

Betullah kata orang..kalau nak buat apa2 pun..presantation tu penting..bila org tengok, orang boleh jadi tertarik. Begitu juga halnya dengan makanan..kalau ada kaler2 yg cantik..automatik kita jadi teruja..aku lah..orang lain aku tak tahu..ekekekeke
2-3 hari ni duk teruja duk tengok gambar Puding Roti Pelangi kat blog yatiememories.blogspot.com. cantiknya puding dia. Teruja punya pasal..semalam balik rumah, try lah buat. Aku ubah suai lah sikit resepi tu ikut selera sendiri. Hasilnya..tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


cantik jugak warnanya wpun tak seperti pelangi..hehehe


Resepinya :

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 susu cair
1 paket agar2 serbuk (aku guna jenama Nona tanpa warna)
1/4 cawan gula pasir
2 sudu besar mentega (dicairkan)
3 cawan air (aku guna mug upin & ipin)
pewarna

Cara :

Didihkan 2 1/2 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk

Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.

Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang korang suka. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.

Tuang kedalam loyang secara berselang seli. Warna pertama diletakkan ditengah2 loyang. Warna kedua dituang ditengah2 warna yg pertama tadi..ulang sehingga selesai.

Sejukkan di dalam peti ais.

2 comments:

baby beaver said...

caner akak bahagikan dlm btk bulatan? x paham la.... mamabeaver116

Kak Sally said...

Mama..mula2 ambik satu senduk. letak tengah2 loyang..kemudian ambik sesenduk lagi..letak tengah2 yang tadi...begitulah seterusnya sehingga selesai...